Translate

Khamis, 6 April 2017

Ekzema apa tu?

Apa itu ekzema?

Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma.

Perkataan eczema nampaknya tidak asing lagi kerana banyak orang yang menghadapi masalah ini. Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah. Eczema yang teruk memang kelihatan hodoh dan menjijikkan.

Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).



Apa itu ekzema?
Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, 
asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan 
alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Sumber: http://www.babycenter.com.my/a1045604/ekzema-bayi-sebab-simptom-rawatan-dan-krim







Atopic Ekzema

Apakah itu Atopic Eczema/Dermatitis?
Terdapat ramai penghidap penyakit kulit Atopic Eczema Pesakitakan merasa gatal disebabkan oleh proses inflamasi pada kulit yang kronik dan berulang-ulang. Ruam-ruam merah yang gatal (kadang-kadang timbul gelembung-gelembung kecil berisi air pada kulit bayi) akan menjadi semakin tebal apabila digaru berulang kali. Atopic Eczema juga di gelar Atopic Dermatitis. Penyakit kulit ini sering di kaitkan dengan penyakit alahan lain pada seseorang individu atau ahli keluarga yang mempunyai kecenderungan transmisi secara genetik. Penyakit-penyakit tersebut adalah asma (lelah), resdung (allergic rhinitis), konjuktivitis atau alahan kepada debunga. Ia bukanlah sejenis penyakit berjangkit; seseorang tidak akan mendapat Atopic Eczema dengan menyentuh kulit kanak-kanak atau orang dewasa yang menghidapi penyakit tersebut.

Bagaimanakah rupa Atopic Eczema?
Atopic Eczema biasanya bermula ketika seseorang itu masih bayi atau kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana ia bermula apabila seseorang itu sudah dewasa. Penyakit kulit ini melibatkan kedua-dua jantina. Semasa bayi, bahagian kulit yang kerap terlibat adalah kawasan muka, lengan dan kaki. Bagi kanak-kanak pula, kawasan lipatan badan seperti lipatan lengan, belakang lutut dan leher sering terlibat. Penyakit ini, juga boleh melibatkan pergelangan tangan, tapak tangan, pergelangan kaki dan tapak kaki. Bagi pesakit dewasa, penyakit ini juga kebiasannya melibatkan lipatan badan. Namun, hampir keseluruhan kulit boleh terlibat termasuk kawasan sekeliling bibir dan mata. Satu ciri utama Atopic Eczema adalah kegatalan yang amat teruk. Perpeluhan atau penggunaan pakaian yang di perbuat daripada bulu boleh menyebabkan gatal dan ruam-ruam merah yang lebih teruk. Ciri khas yang lain adalah kulit yang kering dan dialami oleh 98% pesakit Atopic Eczema.

Apa yang menyebabkan Atopic Eczema?
Punca Atopic Eczema masih belum di ketahui sepenuhnya. Ia dipercayai terjadi akibat tindakbalas faktor persekitaran dan genetik. Perubahan dalam sistem ketahanan tubuh juga dipercayai memainkan peranan dalam menyebabkan penyakit ini. Fungsi kulit sebagai pelindung terjejas dan menyebabkan kekeringan disamping terdedah kepada jangkitan bakteria dan virus. Terdapat perlbagai faktor termasuk alahan, jangkitan, perubahan emosi, iklim dan pengaruh persekitaran lain yang turut menyumbang kepada punca penyakit Atopic Eczema.

Adakah saya mempunyai alergi/alahan?
Alahan sistem pernafasan sering dikaitkan dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidap Atopic Eczema. Kebiasaannya faktor-faktor penyebab utama adalah hama, debunga, bulu binatang dan kulat. Sehingga 40% bayi dan kanak-kanak dengan ekzema yang sederhana teruk dan teruk mengalami alergi makanan. Makanan yang paling kerap menyebabkan alergi adalah susu lembu, telur, kacang tanah, soya dan gandum. Walau bagaimanapun, kebiasaannya alahan kepada susu lembu dan telur akan hilang dengan sendirinya apabila umur kanak-kanak ini meningkat. Alergi terhadap kacang tanah dan kekacang dari pokok, ikan dan makanan laut bercengkerang sering berlarutan sehingga dewasa. Alahan makanan jarang sekali bermula apabila seseorang sudah dewasa. Ujian saringan yang boleh dilakukan untuk alahan makanan termasuklah ujian “skin prick test”dan ujian darah seperti lgE (imunoglobin E) yang spesifik seperti RAST Test(radioallergosorbent test). Keputusan ujian haruslah ditafsirkan oleh pakar kulit yang berpengalaman.


Bolehkah Atopic Eczema sembuh?
Sehingga kini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan Atopic Eczema.  Walau bagaimanapun, keadaan kulit dapat dirawat dan dikawal dengan penjagaan kulit yang baik dan penggunaan ubat-ubatan yang sesuai. Secara umumnya, keadaan ekzema akan menjadi semakin baik apabila umur kanak-kanak semakin meningkat. Namun begitu, bagi sesetengah pesakit, ekzema masih berulang-ulang sehingga dewasa. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 40% dari pesakit yang menghidapi Atopic Eczema semasa kanak-kanak akan mengalami penyakit secara berterusan atau berulang semula apabila dewasa.


Apa itu Fresh White Clay???
-Produk Ini diasaskan daripada  Serbuk Tanah Liat (100% Organik) dan tidak mengandungi Bahan Kimia.
-Mengandungi 67 mineral (Kalsium, zat besi, megnesium, kalium, mangan, silica, natrion, iron, Vitamin E,A
dan mineral-mineral lain) semulajadi yang amat diperlukan oleh kulit untuk menjadikan sihat dan bersih.

PENAWAR TERBAIK PENYAKIT KULIT

SOLEEHAA ANGUUN BEAUTY
0129525173
BUKIT TUMBUH, KUALA TERENGGANU


Tiada ulasan:

Catat Ulasan