Translate

Isnin, 17 April 2017

Tips Menghilangkan Kudis Buta dengan Cepat








APA ITU KUDIS BUTA?

Kudis buta ni terjadi disebabkan oleh gigitan kutu Sarcoptes Scabiei. Kutu ni akan mengorek di permukaan kulit kita dan membiakkan telur pada kulit. Bila telur telur ni menetas, hama kutu akan mula merebak pada permukaan kulit yang lain hingga menyebabkan kegatalan teutamanya pada waktu malam.

Selain dari mengorek liang kulit kita, kutu ini juga akan tinggal di dalam kulit manusia. Ia akan bertelur dan membuang najis ke dalam kulit hingga menyebabkan penghidapnya merasa gatal kerana tindakbalas alahan kulit terhadap najis tu.




KUDIS BUTA BOLEH MEREBAK?

Kudis buta ni boleh merebak akibat kutu Scabies yang merayap pada kulit.Jika anda berdekatan dengan penghidap kudis buta, pastikan anda mengikuti tips di bawah :



§  Elakkan tidur berdekatan dengan penghidap kudis buta
§  Elakkan tidur beramai  ramai di atas katil yang sama terutamanya di asrama
§  Elakkan berkongsi tuala, cadar, bantal atau apa sahaja barang dengan penghidap kudis buta
§  Pastikan kebersihan diri terjaga
§  Elakkan melakukan hubungan intim dengan pasangan yang menghidap kudis buta


TANDA TANDA KUDIS BUTA

Biasanya penghidap kudis buta akan mengalami kegatalan kulit pada waktu malam dan ada ruam merah yang gatal muncul. Ruam ni akan muncul di pergelangan tangan, siku, ketiak, bawah dada, punggung, lutut, jari dan kemaluan. Kegatalan tersebut juga  boleh menyebabkan kulit berkudis. Secara tidak langsung, kulit mudah sangat dijangkiti oleh bakteria.

Selain ruam merah yang gatal, penghidap kudis buta juga akan mengalami kulit melepuh.






CARA MERAWAT KUDIS BUTA SEBELUM MENYUSAHKAN ORANG LAIN

Selain dari mendapatkan rawatan doktor dengan ubat ubatan, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk merawat dan menghapuskan kegatalan kulit akibat kutu Scabies ni.


§  Menggunakan daun Rosemary

Daun rosemary pun dikatakan mempunyai sifat antiseptik pada masalah kudis buta. Anda boleh jadikan daun rosemary kering sebagai mandian, dijadikan sebagai bahan utama dalam mencuci cadar atau apa sahaja kain, sebagai ubat sapu untuk disapukan pada kudis buta dan dijadikan sebagai minuman teh kosong.


§  Membersihkan semua tempat yang bermasalah

Penghidap kudis buta memang wajib membersihkan segala peralatan atau barang kegunaan seperti cadar, selimut, karpet dan lain lain yang mungkin menjadi tempat penularan kutu ni. Basuh semua pakaian dengan suhu yang panas dan gunakan sabun khas seperti Basic H untuk membuang hama kutu ni dari tempat tinggal anda.


§  Guna pes serbuk kunyit 

Kunyit dikatakan mempunyai bahan aktif cucurmin yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai sifat antiseptik dan antiradang yang kuat. Jadi, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan gejala  yang disebbakan oleh kudis buta ni.


Untuk melegakan gejala tersebut, anda boleh jadikan serbuk kunyit ni sebagai pes bersama dengan beberapa titis jus lemon. Pes tersebut boleh disapukan pada ruam akibat kudis buta tu dan biarkan kering sebelum dibilas dengan air suam. Ulang sapuan pes kunyit ni sehingga kudis buta tu betul betul kering dan sembuh.








§  Gunakan Cayenne Pepper untuk membunuh hama

Serbuk cili merah ni dapat membunuh hama kerana sifat cili yang panas akan membuatkan hama tu mati. Anda juga boleh cuba untuk mandi dengan campuran air serta serbuk cili ni bagi mengurangkan kegatalan dan membunuh hama.





§  Gunakan serbuk Zinc sebagai alternatif

Tablet atau serbuk Zinc sangat membantu untuk mengelakkan diri dari serangan penyakit kulit yang lain smaada jangkitan kulat atau bakteria. Anda boleh menggunakanTAblet Zinc Complex Shaklee tu dengan menumbuk dan mencampurkannya dengan sedikit air. Lepas tu sapu pada kawasan yang ada infeksi dan biarkan ia kering. BIlas dan buat sekerap mungkin untuk menghilangkan kudis yang banyak pada kulit.


Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sumber makanan yang kaya dengan zinc untuk merawat kulit yang berkudis seperti biji bunga matahari. Nak lagi mudah, semestinya ambil Zinc Complex SHaklee shaja.






§  Minyak Tea Tree

Minyak Tea Tree ni dikatakan mampu untuk membunuh hama pada kudis buta dan telur hama tersebut. Minyak ni dikatakan antara salah satu rawatan tradisional untuk merawat jangkitan kulat mahupun parasit termasuklah kudis buta.

Ia mampu melegakan kerengsaan dan keradangan yang anda hadapi tanpa menjejaskan kulit.


Ada beberapa cara untuk anda gunakan minyak tea tree sebagai rawatan alternatif termasuklah menitiskan 10 titis minyak tea tree dalam air mandian. Jika anda mempunyai alahan seperti kulit merengsa semasa menggunakan  minyak tea tree, cuba cara yang lain seperti di atas untuk merawat masalah kudis buta ni.


Selain itu, anda boleh campurkan minyak tea tree bersama sama dengan minyak zaitun. Gaul rata kedua dua minyak tersebut dan gunakan putih kapas untuk disapukan pada kudis buta yang kemerah merahan tu. Ulang proses ni sebanyak dua kali sehari hingga anda dapat rasa perbezaanya.


§  Menjaga kebersihan diri

Tempat yang bersih mampu mengurangkan pembiakan kutu ni pada kulit anda dan melegakan kegatalan kulit. Lagi satu, anda boleh mandi dengan Basic H untuk mematikan kitaran hidup kutu Scabies tu. Selain itu, cuba basuh rambut sekerap mungkin dan memotong rerambut yang tak perlu supaya kutu tersebut tak membiak di kawasan tersebut.


Apa itu Fresh White Clay???
-Produk Ini diasaskan daripada  Serbuk Tanah Liat (100% Organik) dan tidak mengandungi Bahan Kimia.
-Mengandungi 67 mineral (Kalsium, zat besi, megnesium, kalium, mangan, silica, natrion, iron, Vitamin E,A
dan mineral-mineral lain) semulajadi yang amat diperlukan oleh kulit untuk menjadikan sihat dan bersih.

BERFUNGSI MENYEJUKKAN BADAN

Penawar Terbaik Penyakit Kulit :
*eczema
*Cacar air/ Chicken Pox
*Gatal-gatal
*Kutu air
*Deman Peluh
*Psoriasis
*Deman Campak
*Lupus
*Penyakit Badang
*Ruam
*Bisul
*Kudis buta
*Kurap

Anti Penuan
*Menghilangkan jeragat
*Memutihkan dan Menegangkan kulit
*Menyahkan Minyak pada kulit
*Menghilangkan bintik-bintik hitam
*Mengecutkan dan menghilangkan jerawat










Soleehaa Anggun Beauty
0129525173
Bukit Tumbuh, K. Terengganu



http://bysyiraishak.blogspot.my/2016/06/cara-merawat-kudis-buta-dengan-cepat-dan-berkesan.html










2 ulasan: