Apa itu ruam panas?
Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang bintik-bintik ruam merah
terang dan di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, ini
mungkin ruam panas. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk (miliria),
boleh keluar apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap seperti di
Malaysia ini.
Ruam timbul di kelipat-kelipat kulit atau di bahagian-bahagian di mana pakaiannya terletak dengan ketat. Jika bayi anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi.
Ruam timbul di kelipat-kelipat kulit atau di bahagian-bahagian di mana pakaiannya terletak dengan ketat. Jika bayi anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi.
Adakah ruam panas serius?
Tidak, tapi ia adalah petanda yang anak anda terlalu panas. Jika anda
tidak mengambil langkah untuk menyejukkan badannya, dia mungkin mendapat
kondisi yang lebih serius, seperti kelesuan haba atau strok haba.
Jika ini berlaku, anak anda tidak akan dapat mengawal suhu badannya yang mana suhunya mungkin naik lebih tinggi daripada normal dan dia boleh mengalami nyahhidrat.
Jika ini berlaku, anak anda tidak akan dapat mengawal suhu badannya yang mana suhunya mungkin naik lebih tinggi daripada normal dan dia boleh mengalami nyahhidrat.
Apakah yang menyebabkan ruam panas?
Bayi anda akan
berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak
sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam
panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam
panas kerana kelenjar peluh mereka belum matang sepenuhnya.
Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi
menjadi lebih teruk. Bayi boleh mendapat ruam panas daripada apa saja yang
menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi.
Adakah ruam panas itu menyakitkan bayi saya?
Tidak, ianya tidak menyakitkan tetapi kadangkala terasa
tersangat gatal dan menjengkelkan. Sensasi yang mencucuk atau perit itu mungkin
akan mengganggu anak anda. Setengah daripada bintik itu juga mungkin terasa
pedih jika disentuh.
Bagaimana saya harus merawat ruam panas?
Kebanyakan ruam panas akan hilang dalam beberapa hari. Namun
sementara itu, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan
gatal dan ketidakselesaan bayi anda.
·
Kurangkan kepanasan dan kelembapan
Beralihlah
ke bilik yang berangin atau ruang yang teduh. Cuba gunakan kipas mini apabila
anda keluar
berjalan-jalan. Pada waktu malam, letakkan kipas dalam bilik bayi
anda untuk pengedaran udara yang lebih baik.
·
Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju daripada kain kapas
Fabrik sintetik seperti poliester atau nilon memerangkap panas. Pilihlah fabrik semula jadi seperti kapas. Seberapa boleh, longgarkan atau tanggal bajunya dan biarkan dia tidak memakai lampin seberapa kerap yang boleh.

Pastikan badannya sentiasa sejuk
Sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah, atau mandikan bayi dalam tab atau pancur air. Biar kulitnya kering dalam udara biasa dan seberapa yang boleh jangan gunakan tuala. Ini dapat membantu memulihkan ruam.

Gunakan losyen kalamin
Sapukan dengan banyak (kecuali dekat kawasan mata). Ini sangat bagus terutama jika bayi anda kelihatan resah dan menangis apabila anda menyentuh kulitnya.
Sapukan dengan banyak (kecuali dekat kawasan mata). Ini sangat bagus terutama jika bayi anda kelihatan resah dan menangis apabila anda menyentuh kulitnya.
·
Gunakan krim hidrokortison
Gunakan krim ini atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk.
Gunakan krim ini atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk.
Jangan gunakan salap dan losyen lain kerana ianya akan membuat ruam menjadi lebih teruk dengan cara memerangkap kelembapan dalam kulit.
Awasi anak anda pada masa ini. Apabila suhunya turun, badannya boleh menjadi sejuk dan perlu diberi kehangatan semula.
Bagaimanakah saya dapat mengelakkan ruam panas?
Pastikan bayi anda sejuk dan selesa dengan memakaikannya
pakaian yang ringan, longgar dan diperbuat daripada kapas, terutama sekali
semasa cuaca panas.
Jika anda kurang pasti samada dia terlalu panas, sentuh kulitnya. Kulit yang panas dan lembap adalah petanda bahawa bayi anda terlalu panas. Semasa cuaca panas, duduklah dalam rumah atau cari tempat yang sejuk, teduh atau berangin apabila membawanya duduk dan bermain di luar. Pastikan bayi anda minum banyak cecair supaya dia tidak ternyahhidrat.

Patutkah saya bawa anak saya berjumpa doktor kerana ruam
panas?
Jumpalah doktor jika:
·
anak anda demam;
·
ruam tidak hilang selepas tiga atau
empat hari;
·
ruam menjadi lebih teruk.
Perhatian, Ibu-ibu yang tidak tahu untuk buat apa anak RUAM
PANAS sebab dah guna banyak ubat tak jadi???
=================================
Tahu atau tidak ruam panas iainya sangat gatal.
Jika ibu-ibu membiarkan ruam akan merebak dengan lebih
teruk.
Keselesaan anak-anak terjejas sehingga tidak dapat tidur.
Siapa yang susah jika anak merengek xdpt tidur, kita xdpt
buat kerja, semua kerja akan tertangguh.
Fresh white clay dicipta khas untuk anak yang mengalami
masalah Ruam panas.
*Cara Penggunaan yang mudah, perlu campur dengan air dan sapu
pada tempat yang bermasalah.
*Fresh white clay ianya bertindak menyejukkan badan, dan
cepat kering. Apabila badan anak sejuk dan cepat kering kegatalan tidak
berlaku, ruam panas dengan sendiri akan sembuh.
>>>>>Pm kami jika anda memerlukan Fresh White
Clay untuk kesayangan anda.
Komen Saya Nak sekarang/
Tinggalkan no phone atau whatsap kami
Whatsap: 0129525173
Whatsap: 0129525173
Whatsap: 0129525173
Tiada ulasan:
Catat Ulasan